Sunday, October 9, 2016

Petua Merawat Kaki Cekam


Beberapa minggu yang lepas saya ada berbual dengan salah seorang ahli keluarga yang berceritakan akan hal yang kebanyakan orang pernah mengalaminya iaitu masalah kaki cekam atau pun cagu. Yang mana kebiasaannya masalah ini akan dianggap remeh sahaja sehinggalah ianya menjadi lebih serius yang mana memungkinkan sehingga kaku kaki mereka yang mengalami masalah ini terpaksa dibuang.

Saya sendiri pernah mengalami masalah kaki cekam ini selama beberapa tahun. Sehinggalah dek kerana tidak sanggup menahannya lagi saya telah pergi berjumpa dengan doktor dan doktor menasihatkan saya untuk menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan kuku kaki yang bermasalah itu. 

Entah bagaimana dan mungkin sudah ditakdirkan Tuhan rezeki saya pada suatu hari seorang rakan saya berkunjung ke rumah dan memaksa saya melakukan satu rawatan untuk mengubati masalah cekam saya ini. Rawatannya yang cukup mudah dan ringkas. Dan selepas itu dengan izinNya sehinggalah ke hari ini saya tidak lagi mengalami masalah kaki cekam ini.

Memandangkan sebelum ini saya ada berkongsi petua ini di sebuah blog saya yang lain maka izinkan saya untuk turut memuatkannya di sini.  

Masalah cekam atau kaki cagu ni memang banyak orang yang mengalaminya. Paklong sendiri pun pernah mengalami masalah kaki cekam ni. Lebih kurang dekat dua tahun juga Paklong kena. Macam-macam ubat dan minyak angin yang Paklong sapu. Orang kata sebab Paklong potong kuku cara tak betul. Paklong pun potong la kuku kaki ikut yang orang petua tu. Tapi mungkin sebab cekam Paklong dah teruk sangat jadinya tak juga lega dan sembung. Dari hanya bahagian sebelah kanan kuku kaki kanan Paklong sahaja yang jadi terus bahagian kiri pun turut sama meraikan cekam ni.
Nak pakai kasut nak pergi mana-mana pun susah. Kalau berjalan pun kena berhati-hati sebab takut tersepak apa-apa. Boleh keluar air mata kalau tersepak apa-apa atau pun dengan tak sengajanya orang terpijak kaki Paklong ni. Pilihan yang terakhir bila Paklong pergi jumpa doktor di klinik yang berdekatan dengan rumah Paklong ni adalah dengan memotong kuku kaki Paklong. Paklong rasa ngeri pun ada juga bila doktor tu cakap macam tu. Doktor tu suruh Paklong datang balik untuk buat prosedur tersebut dan sampai ke sudah Paklong tak pergi balik.
Bila kaki kuku Paklong macam ni, ada seorang sahabat Paklong yang bagi satu petua untuk mengubati masalah kaki cekam ni. Dia pun kasihan tengok Paklong berjalan pun terjengket-jengket sebab sakit. Bila Paklong dengar petua yang sahabat Paklong tu bagi rasa macam tak yakin pun ada sebab petuanya sangat mudah. Ini petua yang sahabat Paklong tu bagi:
Ambil setangkai cili kering. Kemudiannya potong di bahagian hujung cili kering tersebut. Bukan di bahagian bontotnya. Ambil minyak masak dan kemudian isikan cili kering tersebut dengan minyak masak tersebut. Isi dalam kuantiti yang sedang-sedang,  jangan sampai melimpah keluar minyak daripada cili tersebut. Selepas itu layurkan cili kering tersebut dengan api sehingga jadi kehitam-hitaman. Boleh pakai lighter, lilin atau pun sekadar layurkan pada api dapur. Minyak yang berada di dalam cili kering tersebut kemudiannya disapu dan dilumurkan pada bahagian kuku cekam tadi. Ulang petua ini sehingga kuku cekam tersebut sembuh. Inshallah.


No comments:

Post a Comment